Buah Pinggang Bocor?
Penapis buah pinggang bocor atau dikenali juga sebagai nephrotic syndrome merupakan gangguan buah pinggang yang boleh menyebabkan badan mengeluarkan protein yang berlebihan didalam badan.
Penapis buah pinggang bocor biasanya berlaku disebabkan oleh kerosakan pada kelompok salur darah di dalam ginjal yang menapis sisa buangan dan air yang berlebihan dari badan. Keadaan ini boleh menyebabkan bengkak anggota terutamanya kaki dan pergelangan kaki.
Tanda-tanda Buah Pinggang Bocor
- Air kencing berbuih; ini adalah disebabkan oleh protein yang berlebihan dalam air kencing
- Lemah dan tidak bermaya
- Bengkak terutama di bahagian mata dan pergelangan kaki
- Penambahan berat badan yang disebabkan oleh pengumpulan cecair yang berlebihan
Punca Terjadi Buah Pinggang Bocor
- Jangkitan kuman di dalam darah seperti sifilis
- Penyakit darah sejak lahir seperti Sickle Cell Disease
- Kencing Manis
- Kehadiran protein pada organ
Rawatan Untuk Buah Pinggang Bocor
- Ubat Steriod - ubat ini diberi mengikut berat badan sehingga tiada lagi protein di dalam air kencing
- Ubat Kencing - ubat ini diberi sekiranya berlaku bengkak air
- Protein Albumin - dimasukkan kedalam salur darah sekiranya darah membeku
- Antibiotik - diberikan sekiranya perlu
- Jaga Pemakanan - kurangkan pengambilan garam
Terdapat suplemen Shaklee yang dapat membantu mengatasi masalah penapis buah pinggang bocor ini. VIVIX membantu ramai pesakit buah pinggang untuk tidak bergantung kepada steriod dan kembali pulih.
No comments:
Post a Comment