Senarai Harga Vitamin Shaklee

Friday 10 August 2018

PUNCA - PUNCA KENCING MANIS

Shaklee merupakan vitamin bukan sebagai ubat

KENCING MANIS



Penyakit kencing manis merupakan antara penyakit pembunuh utama di Malaysia selain darah tinggi, kanser dan sakit jantung. Kencing manis adalah satu penyakit dimana metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimun.

Pesakit kencing manis hanya menyedari penyakit ini kepada diri mereka pada peringkat yang sudah kronik dan menjadi punca pembunuh senyap. Oleh itu, menyedari kehadiran penyakit kencing manis awal mungkin dapat membantu seseorang individu mengambil langkah pencegahan dan seterusnya menyelamatkan diri daripada menjadi pesakit kencing manis ini.

APA PENYEBAB TERJADI KENCING MANIS

Penyakit ini terjadi apabila penkreas gagal berfungsi secara normal yang mengakibatkan penghasilan hormon insulin yang tidak cukup untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan. Tanpa insulin yang cukup untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan. Insulin yang tidak cukup boleh menyebabkan terjadinya lebihan gula di dalam saluran darah. Oleh itu, penghidap kencing manis akan berasa letih dan kekurangan tenaga kerana gula tidak dibekalkan ke dalam sel.

PUNCA -PUNCA PENGHIDAP KENCING MANIS

  • Obesiti atau berat badan berlebihan
  • Tidak atau kurang bersenam
  • Pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat
  • Faktor keturunan 
  • Peningkatan umur

TANDA-TANDA PENGHIDAP KENCING MANIS

  1. Kerap dahaga dan kencing malam
  2. berat badan turun mendadak
  3. jarak penglihatan semakin kabur
  4. sering kebas kaki dan tangan
  5. luka yang lambat sembuh
Setiap orang hendaklah memerhatikan perubahan pada tubuh badan mereka. Sekiranya terdapat tanda-tanda penyakit kencing manis pada diri segerakan mendapat rawatan dan nasihat dari doktor.
Selain itu, pengawalan makanan juga penting untuk mengelak dari penyakit kencing manis.

RAWATAN ALTERNATIF KEPADA PESAKIT KENCING MANIS




Sebarang pertanyaan mengenai SET KENCING MANIS boleh terus hubungi Hana 0135324033. Atau tekan ja link ni KENCING MANIS . Untuk pembelian terus di laman web Shaklee melalui Kad debit atau kad Kredit boleh terus tekan link di bawah





No comments:

Post a Comment

TESTIMONI ATASI MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI

Apabila usia makin meningkat, pelbagai penyakit  akan menghampiri diri kita dan pastinya menjadi lebih serius tanpa rawatan. Oleh itu, kita ...