Senarai Harga Vitamin Shaklee

Saturday 7 July 2018

PEMILIHAN TASKA ATAU RUMAH PENGASUH

Baru- baru ni kecoh mengenai adik Adam yang meninggal dirumah pengasuh. Lepas meninggal pengasuh masukkan dalam beg dan letak dalam peti ais.. Sedih sangat-sangat. menitik air mata Hana masa baca berita ni.

Terus la Hana teringatkan anak-anak Hana. Anak Hana 4 orang semua nya Hana hantar di taska untuk penjagaan harian sebab Hana juga bekerja..

Dari anak sulung hingga anak ke 4 semuanya dijaga di taska. Bukan semua pengasuh kejam. Buka semua taska tak baagus. Alhamdulillah anak-anak Hana membesar dengan sihat dan sempurna.



TIPS SEBELUM DAN SEMASA MEMILIH TASKA ATAU PENGASUH
  1.  Buat siasatan mengenai tempat  - pastikan tempat yang nak meletakkan anak dalam keadaan baik dan selesa untuk anak dan kita. Dan paling penting pastila keselamatan terjamin😊😊
  2. Kenalpasti pengasuh - kenal dahulu dengan pengasuh yang bakal menjaga anak yang akan kita tinggalkan. Alhamdulillah semua pengasuh anak-anak hana orang yang baik-baik dan sayangkan anak- anak Hana😍😍
  3.  Berdaftar dengan JKM - pilihla tempat yang berdaftar dengan pihak berkuasa. Ini adalah kerana pemantauan selalu dilkukan dan sekarang kerajaan mewajibkan perletakan CCTV. Oleh itu keselamatan anak lebih terjamin kerana pengawalan keselamatan ada.
  4. Pantau keadaan anak - setiap hari ibu bapa mesti memantau keadaan anak. Kalau anak tak seronok ke taska atau rumah asuhan perlu siasat. Mungkin ada yang tak kena.

Ini antara kriteria penting yang perlu dikenal pasti sebelum menghantar anak-anak. Diharap semua kita lebih berhati-hati dan tiada lagi masalah seperti ini terjadi... Semoga Allah SWT sentiasa melindungi anak-anak kita. Amin



No comments:

Post a Comment

TESTIMONI ATASI MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI

Apabila usia makin meningkat, pelbagai penyakit  akan menghampiri diri kita dan pastinya menjadi lebih serius tanpa rawatan. Oleh itu, kita ...