Senarai Harga Vitamin Shaklee

Monday 27 August 2018

CARA MENGAWAL KOLESTROL DALAM BADAN

Shaklee merupakan vitamin bukan sebagai ubat

Assalamualaikum...

Salam sejahtera semua. Hari Raya Kurban dah habis.  Lalu ja Klinik tengok penuh orang. Sebab apa ek?  Makan macam-macam campuran semasa jemputan raya kot, perut jadi pening dan tambahan pula raya kurban pasti nya kita makan daging yang berlebihan. betul tak?

Apa itu kolestrol?

Kolestrol merupakan lemak yang dihasilkan oleh hati dan sangat penting untuk fungsi sistem dalam badan. Kolestrol secara semulajadi terdapat pada dinding sel atau pada mana-mana bahagian tubuh termasuk otak, otot, usus, saraf, kulit, hati dan juga jantung.

Kolesterol berfungsi dalam membentuk dan memelihara membran sel, menapis molekul untuk keluar dari sel, serta terlibat dalam membantu penghasilan hempedu. Tetapi tahukah semua bahawa kolestrol yang berlebihan mampu membunuh dalam diam?

Kolestrol yang tinggi berpotensi cenderung mendapat pelbagai penyakit. Antaranya stroke, sakit jantung, diabetis, dan tekanan darah tinggi. Kolestrol yang berlebihan dalam badan akan disimpan di arteri termasuk saluran darah di jantung, pembuluh darah ke otak serta saluran darah ke kaki.

Oleh itu Kolestrol dalam badan perlulah dikawal bagi mengelaknya penyakit menghampiri tubuh badan kita.

Bagaimana mengenali tahap kolestrol tinggi?

Cara paling mudah adalah dengan melakukan ujian darah atau saringan kolestrol di klinik atau farmasi yang menyediakan khidmat pemeriksaan ini. Kadar selamat kolestrol adalah di bawah 200mg/dl (5.1mmol/L).

Selain ujian darah terdapat tanda-tanda yang dihadapi penghidap kolestrol tinggi

  • pening dari bahagian belakang kepala
  • kejang pada bahagian leher dan bahu
  • kerap kejang pada bahagian kaki dan tangan
  • kebas kaki dan tangan
  • sakit pada dada sebelah kiri

Punca kolestrol tinggi dalam badan

  • Pemanakan - mengamalkan memakan makanan yang mempunyai lemak tepu seperti telur, keju, daging dan makanan bergoreng
  • berat badan - obesiti atau lebih berat badan 
  • aktiviti harian - kurang bersenam
  • tahap kesihatan - mempunyai penyakit lain seperti diabetis atau tekanan darah tinggi dan jua penyakit jantung
  • sejarah keluarga - faktor keturunan mempengaruhi masalah tinggi kolestrol walaupun mengamalkan gaya hidup sihat
  • merokok - membantu menurunkan kolestrol baik dalam badan
Cara menurunkan kolestrol 


Amalan gaya hidup sihat dari segi memakan makanan sihat serta bersenam merupakan salah satu cara untuk menurunkan kadar koletrol dalam badan. Selain itu pemeriksaan kesihatan secara berkala boleh membantu mengetahui tahap kesihatan serta membantu menjaga kesihatan di tahap yang baik.

Selain itu, Shaklee ada menyediakan Set Kolestrol Shaklee yang boleh diamalkan bagi mengelak atau mengurangkan kolestrol jahat dalam tubuh badan kita.
  1. Phytocol-St - mengelak kolestrol daripada makanan
  2. Omega Guard - membuang dan menurunkan paras kolestrol yang tinggi dan yang sedia ada dalam badan

Cegah kolestrol baru untuk masuk ke dalam badan serta nyahkan kolestrol lama yang adal di dalam badan. 

Testimoni Kolestrol




Bagi yang ingin mendapatkan Set Kolestrol boleh hubungi Hana 0135324033 atau tekan link ni SET KOLESTROL . Tapi kalau nak buat belian melalui kad kredit boleh terus tekan eSell dibawah. Belian terus ke laman web Shaklee




 

No comments:

Post a Comment

TESTIMONI ATASI MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI

Apabila usia makin meningkat, pelbagai penyakit  akan menghampiri diri kita dan pastinya menjadi lebih serius tanpa rawatan. Oleh itu, kita ...