Senarai Harga Vitamin Shaklee

Tuesday 18 September 2018

ANGIN AHMAR DAN PUNCANYA

Angin Ahmar

Merupakan masalah kesihatan yang berpunca dari salur darah yang tersumbat dan bekalan darah yang hendak dihantar ke otak terganggu. Bahagian otak itu tidak dapat menerima oksigen yang mencukupi dan mengakibatkan sel-sel otak mati, dan ini mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak tidak berfungsi.

Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan menyebabkan kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba. Angin ahmar diketogerikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal dan menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan cepat.

Punca-punca angin ahmar



  • Punca Ischemic Stroke - berlaku di dalam salur darah di otak yang menyebabkan kurangnya oksigen dari pergi kebahagian yang terlibat. Keadaan ini akan mengganggu fungsi otak dan mengakibatkan sebahagian badan hilang fungsi pergerakan.
  • Punca Haemorhagic Stroke - berlaku disebabkan pecahnya saluran darah pada bahagian otak dan berlaku pendarahan di kawasan tersebut. Ini akan menyebabkan bahagian otak kekurangan oksigen dan membawa kepada kematian sel. 


Tanda-tanda angin ahmar
  • Lemah anggota badan
  • lumpuh otot muka
  • percakapan menjadi telo
  • tidak boleh menelan
  • ketidakseimbangan badan ketika berjalan
  • sakit kepala yang kuat
  • pengsan


Rawatan Angin Ahmar

Rawatan kepada pesakit angin ahmar adalah bergantung kepada jenis stok yang berlaku. 

1. Stroke Ischemic 
  • ubat cair darah 
  • ubat darah tinggi
2. Stroke Haemorhagic
  • rawatan sokongan - pendarahan yang berlaku adalah kecil dan hanya ubat darah tinggi diberikan kepada pesakit
  • pembedahan - pendarahan besar berlaku di dalam otak dan pembedahan dilakukan bagi mengurangkan tekanan kepada otak.
Terdapat kaedah alternatif bagi pesakit angin ahmar iaitu mengamalkan vitamin Shaklee. Shaklee ada menyediakan Vitamin bagi mengelak berlakunya angin ahmar kepada individu yang mempunyai tanda-tanda angin ahmar. 

Bagi mendapatkan maklumat mengenai vitamin Shaklee untuk Angin Ahmar boleh hubungi Hana 0135324033 atau tekan ja link Angin Ahmar 



*Shaklee merupakan vitamin bukan sebagai ubat*

No comments:

Post a Comment

TESTIMONI ATASI MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI

Apabila usia makin meningkat, pelbagai penyakit  akan menghampiri diri kita dan pastinya menjadi lebih serius tanpa rawatan. Oleh itu, kita ...